Translate

Selasa, 22 Jun 2021

RM200 Untuk Ikan

 Aku terjaga dari tidur-tidur ayam jam dua empat puluh petang. Lenaku tergagggu oleh suasana bot yang kian membahang. Angin sepoi-sepoi bahasa tidak giat menjengah ruang cermin yang terbuka di bahagian syiling bot itu mengakibatkan bahang mentari memenuhi segenap ruang.

Terimbas kembali perjalanan aku ke mari. Sekitar dua minggu lepas datang satu pesanan ringkas berbunyi 'dam, 8/8 ni mancing laut jom!'. Terjeda aku sekejap lalu membalas dengan jawapan yang ringkas, seperti trend masa kini. 'on'. Mengenangkan perancangan untuk turun ke laut sebelum pkp tergendala dek cuaca yang kurang baik, terpaksalah aku teruskan kembali benda yang tertangguh. Sekali lagi poket aku koyak. Aku bukannya pernah turun ke laut dalam sebelum ni, kos untuk pemula seperti aku sudah semestinya bukan murah. Hampir ke angka seribu juga kalau dikira kos barang daripada A sampai Z. Apa punya bladihel la harga barang mancing laut ni. Mahal ya robbi!
Aku pejamkan mata saja untuk semua itu mengenangkan yang sekarang ni aku tengah leka menghayati keindahan ciptaan Ilahi sambil menahan kepedihan punggung yang panas kerana terduduk di atas minyak sambal nasi lemak yang tumpah di atas bangku. Bladihel unta betul panas dia, serupa letak minyak urut pula rasanya. Bila dah tak selesa macam ni aku ambil keputusan untuk berdiri saja di samping bot yang sedang membelah ombak dengan bergaya sekali. Kuasa tujahan dari dua biji enjin Mercury 4.6liter v8 setiap satunya dengan mudah dapat menolak bot fiber sepanjang empat puluh kaki milik Ah Boon. Masa inilah lagu reggae negara jiran bertajuk 'Pemberi Harapan Palsu' berkumandang di corong telinga. 'Saat ini aku sedang berjalan,
berjalan-jalan ke masa depan,
pake roket sampe roblay,
dompet macet tetap nge fly!'....
Vroooooo sambil bunyi diselangi desiran enjin sekitar 600 kuasa kuda itu.
Sesekali air terpercik ke muka aku tak endah sebab aku sangatlah menikmati tamparan dari angin dan air sekarang ni. Kalau boleh biarlah punggung aku juga basah dengan harapan agar berkuranglah perit yang aku tanggung.. Kahkahhh
Sekali lagi aku mengalami sindrom flashback. Dua ratus ringgit untuk ikan cuma sekadar tajuk dan belum lagi termasuk hidden charge yang aku kena hadapi sebelum naik bot ni.
Trip mancing kali ini lokasinya di Endau, Mersing yang pastinya beratus batu dari kampung aku. Pasti memakan kos seperti minyak, tol dan juga petrol. Aku bukannya jin yang bisanya terbang untuk kemana mana. Hari sebelum aku berangkat kancil 660 sudahpun pow duit untuk tukar oil seal drive shaft sebanyak lapan juta ringgit eh lapan puluh je. Dengan membeli dua tiga peralatan memancing lagi sudah habis dua tiga ratus. Memandangkan itu semua keperluan aku cuma mampu menghela nafas berat saja. Belum sampai atas bot lagi duit aku sudah keluarnya segini.
Pagi jumaat itu berangkatlah aku ke mari dengan tujuan dapatlah berehat dan setting joran di rumah kawan aku di Kluang. Tapi sebelum itu aku sudah ada satu temujanji dengan lagi seorang kawan aku di rembau. Perjanjian makan daging salai yang sudah lama sekali belum tertunaikan. Sampaikan kawan tu last day bekerja dekat rembau barulah aku ada rezeki untuk penuhi janji tadi. Jalan Bukit Miku aku ambil sebab itu je jalan yang dekat untuk ke Rembau takkan itu pun tak tahu. Memanjat Miku bukannya susah mana pun, yang susahnya bila ada kereta lawa lawa dan baru dipandu dengan agak perlahan di jalan yang lengang. Hishhhh kalau aku dapat karate sorang sorang kan sedap.
Sebelum nombor di jam tangan aku betukar ke angka dua belas tengah hari aku sudahpun berada dalam speedmart Rembau untuk membeli sedikit bekalan. Orang kata ngonyel-ngonyel(dibaca kunyah kunyah) Lupa, tadi masa aku bawak kereta bila jarum speedo melepasi lapan puluh kilometer stereng sedikit bergegar. 'Ni semua duit la ni' gumamku dalam hati. Kalau ikutkan ketidakwarasan aku nak je aku henyak kereta dengan kondisi begini terus ke Kluang. Tapi aku masih lagi waras dan otak aku masih berfungsi dengan baik. Aku halo kawan aku tadi untuk mengatakan yang aku kena pergi kedai tayar buat balancing, rim ce28 cap ayam serama mengalami gegaran yang teruk. Lebih teruk dari orang terkena parkinson. Sebelum itu aku kena buat dua benda lagi, isi minyak dan topap touch n go. Duit lagi. Sampai di bengkel tayar aku bertanyakan harga untuk alignment dan balancing. Lima puluh ringgit katanya. Jadi! Sempat juga aku belek not lima puluh tinggal berapa keping dalam dompet. Saja tak bawak banyak sebab duit memang tak banyak.. Kahkahhh. Kalau bawak banyak biasanya memang akan habis banyak. Jadi aku terpaksa bawak sedikit dan berbelanja secara berhemah.
Nak dijadikan cerita, sedang aku leka bermain telefon sambil menunggu kereta aku disapa satu suara berbunyi 'bey, nok cek tayar boleh bey?'... Kahkahhh Zai datang dengan Yamaha LaiCinya. Lega dan seronok betul aku dapat jumpa wor sorang ni. Banyak juga topik2 hangat dibincangkan terutama isu yang tengah panas sekarang ni, RXZ. Kahkahhh! Seronok dengar cerita dari seorang peminat z yang boleh dikira tegar ni. Dalam satu suku bergeraklah kita orang ke masjid berdekatan menaiki motor Zai. Kereta belum siap lagi katanya. Hari jumaat kenalah solat jumaat. Orang Islam kalau bermusafir pun kenalah tengok juga keadaan engko tu. Kalau ada masa senggang eloklah solat jumaat walaupun ada keringanan sebagai musafir.
Selesai jumaat aku kembali ke bengkel. Dengan harapan kereta sudah siap dan sekeping not lima puluh akan bertukar tangan. Kita merancang Tuhan tentukan. Lima puluh bertukar ke seratus dua puluh. Skru chamber ditukarnya dua biji. Bladihel unta punya bengkel. Benda dah jadi dan barang sudahpun di ganti, bayar sajalah.
Dalam kepanasan tengah hari Zai memandu arah menaiki motornya untuk ke kedai makan yang dia katakan tempoh hari. Tidak dekat juga sebenarnya dengan office dia. Terharu betul. Makan tengah hari aku pun dia yang belanja siap bungkuskan sekali sebekas kerepek pisang.. Aduuhh. Malu rasanya. Rezeki juga tu.
Aku tersenyum sendirian mengingat kembali semua itu. Di bangku bot ini aku tertanya sendiri, 'berbaloi ke semua duit itu untuk ikan? Seronok ke mancing ni?'. Dua duanya subjektif. Jika dilihat dari sudut aku dapat bercuti dan bersilaturrahim ianya berbaloi. Kalau dilihat dari susut materi jawapannya tidak. Lebih baik engko punya dua ratus tu engko bawak ke pasar ikan dan tunjuk atau pilih saja yang mana berkenan. Siap ada pakej siang sekali disesetengah tempat. Keseronokan memancing ni terletak kepada dua faktor, tahap galaknya ikan menjamah umpan dan tahap keserasian antara pemancing. Cuba engko bayangkan kalau mancing laut dalam jauh pula daripada darat, ikan pula nak tak nak je makan lepas tu ada pula salah satu ahli nak balik darat atas sebarang urusan, tak ke haru biru jadinya. Alhamdulillah atas bot aku tak berlaku semua ini.
Cuma di spot mancing pertama tadi aku sudah mula merasakan ketidak sedapan badan dan kepala. Rasa pening yang ringan dan perut yang memual. Aku tahan saja dahulu sambil turunkan perambut apollo kedalam air. Lepaskan ladung ke dasar di kedalaman dua puluh lima meter tidaklah memakan masa yang lama jika dengan saiz ladung yang sesuai. Ringan sangat tak boleh dan berat sangat pun tak sesuai. Kalau ringan risiko untuk terbelit di tali kawan sebelah sangat tinggi dan kalau berat sangat jadi siksa pula nak karau/kayuh naik ke atas nanti. Jadi pilihlah batu ladung yang tepat. Apa jauh sangat ni. Aku nak cerita yang aku dah pun menghamburkan muntah mihun goreng yang aku jamah sedikit masa sarapan tadi sebelum naik bot. Aku takut nak bersarapan sebab risaukan tempat untuk membuang air. Kalau kecil aku tak kisah sangat, kalau datang rasa nak buang yang besar tapi takde tandas... Pehhhh... Rasa dia memang menderita. Engko pernah tahan rasa nak terberak dari tiga petang sampai tiga pagi? Tak payah lah minta. Azab oi. Nak membuang takde tandas dan nak buang waktu siang segan pula kawan nampak. Itu cerita dua tahun lepaslah masa aku candat sotong di Ganu.
Bot kali ni canggih sikit. Gah dan bergaya. Ada mini toilet untuk engko berak. Masa awal-awal bergerak sempat juga aku bertanyakan satu dua berkenaan bot dan enjin yang sedang Ah Boon kemudi sekarang ni. Dua biji enjin Mercury dan sebuah bot fiber sepanjang empat puluh kaki sangatlah tidak mampu milik. Seharga rumah setingkat yang terletak di Seremban. Tiga ratus ribu. Bladihel punya banyak aku telan air liur.. Hahaaa. Tapi dia boleh bayar ansuran bulanan sebanyak lima ribu tu yang sedap dengar. Semasa PKP ni dia punya income agak terjejas juga sebab client dia sembilan puluh peratus rakyat seberang tambak johor tu, Singapura. Dah dia orang tak boleh masuk Ah Boon pun layanlah client tempatan juga. Kalau kalendar dia banyak kosong menangis pula nak cari duit bayar bot.. Itulah ujian Allah. Tak kira warna kulit dan agama. Tapi kulit Ah Boon ni aku tengok dah tak macam cina dah, masak dek mentari laut menyebabkan kulitnya bertukar kepada warna kulit kaum melayu. Mula-mula aku ingatkan melayu tapi lepas dengar dia punya telo barulah aku faham yang dia ni cina. Hahaa tapi apa adahal. Malaysian juga meh.
Oh, masa azan zohor berkumandang di telefon Cik Mael tadi sorang saja pakcik ni yang bergegas ambil wuduk untuk bersolat. Aku? Aku tunggu turn la sebab ruang nak solat tak besar mana. Kalau naik feri solat jumaat pun boleh buat. Jadinya waktu menunggu aku turunkan umpan buat kali ke berapa entah aku tak ingat tapi yang penting aku tahu amaran dari Yang Esa bilamana dua-dua joran aku putus talinya. Satu sangkut dekat unjam(rumah ikan buatan) satu lagi putus dek gigi baracuda ataupun buntal. Kahkahh padan muka adam. Aku pun rehatkan joran dan kebelakang bot untuk berwuduk. Lega bila dah solat ni engko tahulah macam mana. Kalau mancing tepi sungai pun dah tak reti waktu solat nak jadi apa lah nanti. Solat tu wajib engko tahu dan dituntut solat di awal waktu bukan dah nak masuk waktu lain baru engko terkial kial ambil wuduk. Kena beduk dengan malaikat karang. Solat woi, solat.
Entah spot ke lima atau ke enam aku pun kurang pasti. Tekong ni cerdik sikit, bila ikan dah kurang makan dia pandai ajak pindah tempat lain. Bukan macam sesetengah tekong, ikan takde pun rilek je dalam boathouse. Eh, termasuk cerita kenyir pula.. Hahaa
Enam setengah petang Ah Boon sekali lagi menghidupkan enjin bot dan sauh segera dinaikkan awak-awak (bro daus). Maka berakhirlah sesi mancing memancing untuk hari ini. Jarak dari lokasi terakhir tidak lah jauh mana untuk sampai ke jeti, dalam dua puluh lima minit saja tekong kata. Masa inilah aku gunakan pancaindera pinjaman dari Tuhan untuk menikmati segenap nikmat yang terhidang. Matahari yang berselindung di balik kepulan awan dan sedikit cahaya yang menerobos ruang-ruang mengindahkan lagi lukisan alam. Kalau engko nak rasa pergilah bayar dan naiklah bot sana. Kalau engko ajak aku... Aku tahun depan baru ada rasa nak turun laut lagi, itupun kalau hidup lah.
Kelajuan bot dua puluh tiga knot menghasilkan percikan air yang agak deras. Menampar nampar di kiri dan kanan dinding bot. Sesekali tangan aku yang disapa air itu terasa sedikit sakit tapi sengaja aku biarkan begitu. Untuk rasa macam ni aku perlu bayar dua ratus ringgit eh bukan dua ratus. Kalau termasuk sekali hidden kos dan berapa banyak batu ladung yang telah aku sedekahkan kepada karang entahlah, boleh papa kedana juga . Orang kata ladung ni tak elok untuk ekosistem hidupan marin. Lama-lama dia akan lebur dan chemical yang terhasil tu mengganggu ph air laut. Entahlah, aku sekadar goreng engkorang atau aku kena goreng dengn mat saleh.
Naik darat, berbagi ghonimah dan bersurai.
Benyai dan barai adalah kata seerti yabg tepat untuk aku sekarang ni. Pertama kali mancing laut dalam ni memang banyak cerita baru dan menarik. Oh sebelum terlupa aku nak pesan sikit. Sampah yang engko makan dalam bot tu haramkan ianya masuk ke laut atau dengan kata mudahnya bawak balik, buang dalam tong sampah.
Sekian.
*hobi tidak mahal, yang mahal itu nikmat dan kenangan.
*aku memang tak sempat nak ambil gambo dengan ikan apatah lagi jadi vlogger separuh masa.







Tenggelamlah masa lalu (musim 2)

22 Jun, Selasa. Pemuda berusia dua puluh sembilan tahun masih menanti ucapan dari seseorang yang mungkin sudah lama melupakan secebis kenangan yang pernah tercipta satu tika dulu. Ah lemohnye pemuda itu. Cuma segitu saja kekuatan seorang pemuda yang bernama Adam? kamon...... Sekarang ni bukan waktu untuk endah kan perkara seenteng itu, fokus pada persiapan menghadapi kematian lebih banyak faedahnya. 

29 tahun masih bujang dan belum jumpa calon isteri yang sesuai. 

Mengarang saja yang dia pandai. Jadi dia curahkan sedikit luahan hati sementara masa pula menghimpit rapat mengenangkan kejap lagi sudah kena pergi niaga.

Jadi, akan ku seru kau wahai masa silam yang sering kali menghambat seluruh jiwa raga hingga terperosok jauh ke bucu kekecewaan (padahal biasa saja). Terbang menghilanglah kau bersama angin lalu walaupun yang singgah cuma sepoi sepoi bahasa. Aku yakin dengan angin yang sederhana pun mampu membawa dan mengangkat pergi secebis ingatan yang mendatangkan rasa kurang senang dalam diri.

Adios.
Aku harap tahun ni last aku jadi penulis dengan status lelaki tanpa isteri aka bujang.

Sekian.  

Yiiiha!



Selasa, 23 Jun 2020

Trip Ride Gila!


Sekitar setahun yang lalu aku ada plan satu trip hutang yang gila babun. Konteks trip hutang di sini adalah trip yang dirancangnya sudah lama tapi tidak menjadi. Sebenarnya aku dah lama plan untuk ride ke utara tanah air. Tapi yang jadi trip ride ke pantai timur lagi. Ya, aku tak pasti ini kali ke berapa aku ride ke sana baik secara solo mahupun berkumpulan. Macam biasalah, anggota ride gila aku tak ramai seperti kebiasaan kumpulan penunggang motor yang lain. Sekali jalan paling kurang dua puluh biji motor dan selalunya akan mengalami sedikit konflik iaitu menepati masa. Menepati masa bukannya kerja mudah dan benda yang perlu dipandang enteng. Silap-silap kena terajang tengkuk secara diam-diam. Maklumlah bila dah ramai maka banyak pula kepala yang kita kena ikut. Bila benda ni dah jadi rumit boleh berlaku ketidak sefahaman dan akan mencacatkan scene ride secara berkumpulan ni. Sekarang ni aku nak kupas bab tak puas hati masa ride ke nak cerita perjalanan aku ke Terengganu ni? Ceh.

Berbalik kepada cerita aku tadi, aku plan ride ke utara dah bertahun tahun tapi belum ada rezeki dan jodoh untuk ke sana dengan motor. Ride belum tentu tapi mati itu pasti jadi yang mana sampai dulu aku tak tahu. Yang aku tahu aku perlu untuk ride ke utara suatu hari nanti. Insha Allah.

Bermula. Kalau sebelum ni aku dah dua tiga kali ke Terengganu dengan Yamaha 125z bapak aku tu tapi kali ini aku menunggang Yamaha LC135 pula ke sana. Sedap sebenarnya naik motor empat lejang ni. Jimat minyak walaupun tiada scene bukaan pendikit minyak yang seakan koyak saat jarum rpm tinggi. Daya G Force sama seperti bukaan power valve yang ada pada kebanyakan model Kawasaki dua lejang. Yamaha LC lebih santai sebab aku terpaksa bawa motor standart aka motor dengan talaan kilang disebabkan lc aku tak sihat dihujung hujung waktu. Cis betul. Trip LC aku berjaya sekali sebab aku mampu untuk hasut Kimah supaya beli sebiji LC untuk menjayakan trip kali ini. Kahkahkahhh. Hari-hari aku racun dan paksa supaya rajin usha iklan di Mudah mahupun di muka buku. Kerap kali juga aku tag dia bila keluar iklan LC untuk dijual pada harga berpatutan. Last-last aku kena game. Dia dah beli motor senyap-senyap lepastu buat bodo je. Anjay! Tapi takpe, aku dah berjaya hasut dan paksa orang beli motor. Hahahhh.
Jadi ahli ride aku terdiri daripada aku, Yamlikha dan Ikrimah. Tiga orang je? Ya, tiga orang dengan ketepatan masa yang sangat terjamin. Quality over quantity omputih koba. Aku dengan LC keluaran pertama, Yamlikha dengan LC ES dia dan Kimah dengan model v2 dia. Diorang punya spec dah ditingkatkan kuasanya manakala aku dengan motor bermasalah yang tidak selesai.

Aku dan Kimah bergerak dari Batu Kikir selepas maghrib menuju ke ibu kota untuk bertemu Yamlikha kat sana. Dalam perjalanan aku dapat rasakan yang motor aku memang tak boleh blah atau dalam erti kata lain lemoh. Jadi aku ambil keputusan untuk pinjam motor abang ipar aku yang duduk kat Nilai untuk ke Terengganu. Akhirnya aku terpaksa mengemudi sebuah motor berklas tangan sebab abang ipar aku punya LC model kedua bertransmisi lima kelajuan. Adakah ini sebuah buku bersifat automotif dengan menggunakan ayat sebegitu. Hotak dia. Dari Nilai ke Semarak tidaklah begitu jauh dengan ride waktu malam pula.. huuuu sedap woi! Seperti kebiasaan aku masuk ke KL ni memang tak pernah jumpa waktu yang lengang dan serabut aliran trafiknya. Pening aku dibuatnya. Aku tidak perlu risau dengan sesat kerana lokasi Yamlikha telahpun di setkan di gps telefon aku, Kimah saja yang menggelabah tak tentu hala. Dia memang jarang ke KL ni. Semak katanya. Aku perlu bertemu Yamlikha di kampus UTM Jalan Semarak. Dia bekas pelajar situ, jadi bolehlah aku mandi, solat, makan, gunting rambut dan buat apa yang patut sebelum memulakan perjalanan kitorang nanti.
Selesai semuanya, kita orang pun menuju ke kedai makan yang tidak asing malah menjadi kegemaran buat Yamlikha mengisi perut dia masa dia belajar kat sini dulu..hahaa.

Kedai Dua Alam julukan diberi,
yang tahu saja akan mengerti,
sudah sampai kau akan fahami,
sesuailah dengan nama yang diberi. Kahhh!

Sedap juga masakan dia, kedai siam ni memang jarang menghampakan kalau berkenaan makanan. Cuma air dia sesekali ceroi dan tidak menepati piawaian. Lantaklah, janji boleh telan ye dak?. Seingat aku jam dua atau tiga pagi barulah kitorang memulakan perjalanan ke arah Tol Gombak menuju ke lebuhraya Karak. Sejuk, nyaman, syahdu, lengang dan santai sekali perjalanan kita orang. Sempat jugalah melayang telefon lipat aku ke jalan raya di saat motor sedang dalam kelajuan lapan puluh kilometer sejam. Terlibas tangan aku ke wayar earphone dan bersepai juga telefon itu di jalanan. Engko faham tak ayat cacamerba ni? Tengah syok dengar lagu entah macam mana tangan aku boleh tersauk wayar earfon dan mempelantingkan telefon lipat aku yang berada dalam bakul motor. Aku ambil keputusan untuk berpatah balik bagi mengutip telefon itu tadi. Alhamdulillah tidak teruk mana cuma bateri dan penutup belakang saja yang tercabut. Setelah dipasang dan di on semula ternyata telefon lipat ni bersifat payah mati ataupun ‘die hard’..hahahhhh. Motor masih hidup...!
Memang layan betul breeze awal pagi kat atas ni, nyaman dan lembut sekali menyapa muka. Kita orang berhenti di Shell sebelum sampai ke Tol Bentong untuk cek sebarang isu dan membuang hajat tak kira besar atau kecik. Cek apa yang tak kena dengan motor dan ejas lampu supaya tidak mengganggu orang hadapan. Apa engko ingat motor cub ni tak terjejas ke kalau kena beam dari belakang, rasa nak buta dan terajang tengkuk juga kalau terkena pantulan dari cermin sisi. Bladihel! Tunggangan diteruskan selepas selesai semuanya. Pekan Bentong sunyi dan lengang dari kenderaan cuma sesekali pacuan empat roda memecut memecah kesunyian awal pagi ini. Hendak ke pasar barangkali. Semua itu tidak mengganggu kelancaran kita orang sehinggalah sampai ke Pekan Raub pula. Kena berhenti untuk refill minyak memandangkan Yamlikha sudah marking awal-awal stesen minyak mana yang akan kita orang berhenti dan isi, majoritinya Petron. Kita orang nak kumpul point je..kahkahhh. Malangnya petron kat sini tidak bersifat dua puluh empat jam dan terpaksalah kita orang isi di Caltex. Asalkan minyak ye dak. Lepas isi minyak ni ada sedikit kekeliruan berkenaan jalan ke arah Gua Musang. Aku keliru. Gelap dan hujan renyai menyebabkan pandangan dan ingatan aku kabur. Dia ada dua jalan agaknya. Satu jalan biasa dan satu lagi jalan alternatif untuk ke Kota Bharu. Jadinya sekarang ni kita orang dah ambil jalan alternatif sebabnya aku tak rasa ni jalan yang biasa aku lalu untuk ke Kelantan selama ini. Selagi ada dalam route yang betul selagi itu kita orang tak patah balik. Hujan yang turun agak lebat turut membantutkan kelajuan perjalanan kita orang.

Entah jalan mana yang aku lalu sekarang ni aku tak pasti. Ikut saja signboard dalam kesamaran pencahayaan lampu motor. Sudah sampai di Lipis barulah kita orang jumpa semula jalan yang biasa dilalui. Lega. Isi minyak di Petron mana entah dan kencing sekali. Sejuk oi ride dengan baju basah ni. Mana ada reti nak bawa raincoat masing-masing pun. Rasakan!. Masa ni aku syak dah pukul empat lebih kot. Aku tak berapa ingat. Tayarpun bergolek kembali bagi meneruskan perjalanan yang berbaki ratusan kilometer untuk sampai ke destinasi.

Dipendekkan cerita kita orang sampai dekat highway Gua Musang dah nak msuk subuh. Aku cadang nanti tengah-tengah highway adalah susur keluar untuk ke surau jadi aku boleh la rilek meneruskan perjalanan. Atas highway ni dua beradik tu naik hantu. Ialah, dari KL tak merasa lagi nak layan top speed. Apalagi mencicitlah aku dibelakang nak mengejar dia dua orang. Setan betul. Hahaa dahla gelap lepastu kereta boleh bilang. Jari tangan aku ni lagi banyak dari kenderaan kat highway ni kalau engko nak tahu. Dah puas berembat dia orang kena tunggulah aku yang terkedek-kedek nak sampai ni. Janji tunggu kan. Aku toleh jam tangan aku resah. Jalan lagi beberapa kilometer aku tengok jam dan cari signboard. Aku semakin resah. Jam sudah beranjak ke pukul enam empat puluh dan kita orang masih lagi belum solat subuh. Astaghfirullah hal a’dzim....
Mana aku tahu dekat sejam lebih baru habis highway ni. Keluar saja highway benda pertama aku cari adalah surau biarpun tinggal beberapa minit saja lagi nak pukul tujuh pagi. Bladihel betul aku rasa bila tak pandai plan waktu solat ni. Masuk saja surau aku terus berwuduk dan mengimamkan beberapa jemaah lain yang sama telat solatnya. Semoga diampun dan diterimalah solat kami subuh itu. Hishhh kepala hotak betul. Biarlah itu yang pertama dan terakhir benda bodoh ni berlaku.
Dah solat ni barulah sedap dan lega walaupun belum bersarapan lagi ni. Bandar Gua Musang ada seratus kilometer lagi dihadapan. Badan sudah mula koyak perut sudah berirama dikir barat tetapi hati masih kuat mahu jejakkan kaki ke destinasi dahulu sebelum makan. Jadinya tayar motor dikerah untuk menyentuh permukaan tar untuk menyambung penjelajahan kita orang. Bladihel betul rasa bila tengok map masih ada banyak kilo lagi sebelum sampai Terengganu. Dan ini sebenarnya baru berapa peratus sahaja tahap cabaran dia, jalan masih cantik, kereta masih banyak dan pam minyak masih ada walaupun jarak dia jauh-jauh. Ada satu cabaran besar yang sudah pasti menanti. Dalam pukul sembilan rasanya baru kita orang sampai ke petron rnr Gua Musang untuk mengisi semula minyak yang kian surut. Untuk dia dua la lagi-lagi Kimah. Pelahap minyak betul motor dia. Lagipun apa-apa motor dia pun dia cakap kuat minyak. Sampai satu tahap tu dia boleh cakap minyak tu ghaib kena sorok dengan bunian. Kepala unta dialah. Hahahaa. Saja aku tokok tambah biar dia panas.

Dekat petron ni kita orang berehat lama sedikit sambil menjamah roti sebagai alas perut. Last aku makan nasi pukul dua pagi tadi, sekarang ni perut aku dah kosong dek tenaga yang digunakan sepanjang ride ke mari. Apa engko ingat ride tak pakai tenaga ke? Kena terajang dari belakang jangan engko tanya kenapa. Solid woi. Statik di atas seat motor selama lebih lima jam bukan benda main-main. Huuuuuuh lega sedikit perut aku dapat makan sebuku dua roti berinti coklat dan teguk air manis sedikit. Selesai semua urusan kita orang kembali beraksi di atas jalan dengan semangat yang kembali marak. Pekan Gua Musang berlalu ditinggalkan di belakang. Sekarang ni pemandangan aku mula dihiasi dengan bukit-bukit batu yang indah nian sekaligus melengkapkan lagi lukisan alam yang dicipta Yang Maha Esa. Masya Allah. Sejuk sungguh mata bila ride dengan hiasan hijau di kiri dan kanan jalan. Walaupun matahari sudah mula menyimbahkan cahayanya ke serata tempat namun cuaca pagi yang masih berbaki kesejukannya sedikit sebanyak mengubati panas cahaya matahari yang mula terasa. Engko faham ke tidak ayat seperti hamka ni. Hamka lah sangat dam oiii...

Jalan Gua Musang- Kuala Krai ditempuhi dengan tenang. Masa ni kenderaan sudah mula nampak menyertai penjelajahan kita orang. Mahu memulakan tugas harian barangkali. Masing-masing menderu dengan agak laju seiring dengan tahap kekosongan jalan. Aku kembali koyak. Pemandangan yang dirasakan indah tadi tidak mampu lagi menghilangkan keletihan dan kelesuan badan yang aku rasa  sekarang ni. Sampailah satu tahap tu aku boleh berkhayal sambil mengantuk di atas motor. Bahaya betul. Kimah pun rasa benda yang sama. Kita orang ambil keputusan untuk berhenti di bahu jalan untuk take five. Yamlikha terus baring di atas rumput manakala aku dan Kimah beradu kekuatan dengan berlawan pucuk paku siapa lagi kuat... kahkahhh. Engko mana pernah main benda ni. Lepas lawan aku pun merebahkan badan atas rumput bersebelahan motor. Lelap jugalah seminit dua sebelum rasa tujahan angin dari kenderaan yang lalu dengan agak laju. Seram. Membantutkan dan menyegarkan mata juga bila dirasakan bahaya kalau kita orang terus tidur di situ. Mahu sampai malam juga rasanya kalau nak layan tidur di situ. Hahahh. Bingkas kita orang bangun dan meneruskan perjalanan yang berbaki entah berapa ratus kilometer lagi. Aku sudah capek. Mahu segera sampai. Sesekali pendikit minyak dipulas lebih sedikit agar minyak di karburetor dapat dihamburkan lebih sedikit untuk pembakaran maksimum dalam ruang silinder. Aci sesondol juga pasti sudah keringatan kerana bekerja tanpa henti dari malam tadi. Huuu baik punya ayat.

Semua laluan ini sudah aku lalui tiga empat kali tapi satu hal yang tak dapat dihadam di akal adalah paras banjir yang pernah melanda negeri-negeri pantai timur termasuklah Kelantan. Paras sungai pada hari normal sangatlah jauh dari jangkauan jalan raya namun pada saat banjir tempoh hari airnya naik melimpah sehingga melebihi paras sebuah kereta di atas jalan ini. Masya Allah... Besar sungguh kekuasaanMu. Kami kerdil ya Allah... Unbrainable! Engko lalu lah sendiri dan tanyalah pada penduduk setempat bagaimana dahsyatnya banjir masa itu. Semoga ianya tidak berulang untuk kali kedua dan seterusnya.
Sekarang ni kita orang berhenti di satu petron untuk mengisi minyak dan memenuhkan botol untuk tujuan kecemasan. Sebentar lagi kita orang akan melalui sebuah perjalanan panjang penuh onak duri tanpa sebuah kehadiran sebuahpun stesen minyak. Itupun aku tahu lepas isi minyak. Yamlikha punya surprise tak beragak. Sekali dia kasi tahu kena masuk jalan ke kebun sawit aku sudah mula panik. Bladihel apa nak lalu jalan ni woi! Aku tak pernah lalu dan langsung tak pernah tahu kehadiran jalan yang adventure dia memang menguji kesabaran mental dan fizikal. Masa kat petron ni dah pukul lapan lebih gitu dan aku masih belum menjamah sebutir nasi pun. Macam nak gila rasa dia. Dengan keadaan petron ni yang penuh debu hasil dari permukaan lantai sekelilingnya seperti simen yang tidak dibancuh sekata. Tinggal yang kering dan berhamburan tatkala kaki menyentuh permukaan. Seronok betul masa ni. Untuk menghilangkan rasa letih dan mengantuk aku banyak bahan Kimah la dua beradik dan bergelak ketawa tanpa hirau orang sekeliling walaupun terdapat berpasang-pasang mata sedang memerhati. Aku tak kisah, dia orang bukan tahu apa yang kita orang tengah alami sekarang ni. Mental koyak ni sama seperti askar amareka yang habis misi berperang dan mengalami depression yang membimbangkan. Sampaikan sebarang bunyi berkaitan letupan pun sudah membuatkan mereka trauma apatah lagi cerita aku dengan askar amareka ni. Ada kena mengena ke gila.. hahaa. Buang apa yang patut dan kita orang berpatah balik sedikit untuk masuk ke simpang pergi ke Felda Sungai Aring. Ya, Felda Sungai Aring. Engko yang belum tahu boleh google dan dekat youtube pun dah banyak video berkenaan jalan ni. Bagi yang dah tahu pasti mengerti kenapa aku mention banyak kali cabaran yang akan kita orang lalui sekejap lagi. Huuuuu bermula lagi....

Dalam seratus meter pertama saja aku sudah mula tertanya-tanya. Jalan apa yang Yamlikha bawa ni? Permukaan tarnya kasar menggerutu dan kelihatan seperti jalan yang sudah lama tidak diinjak oleh sebarang tayar kenderaan. Masuk ke dalam kebun sawit pula tu. Kalau lubang dan lopak air yang mongering sebesar talam itu memang bersepah disana sini. Serupa kawah dibulan nun. Hoooootak dia! Aku rasa lagu paling sesuai masa ni adalah lagu ‘Akulah Kekasihmu’ nyanyian kumpulan AX’L.. part ‘walau jalan berliku....’. Dalam sekilo atau dua kilometer kehadapan engko akan melalui satu post guard polis bantuan yang kosong. Dekat sini jalan semakin galak lubangnya. Beralun dan berbelok-belok. Kalau tak salah aku ada dua biji rumah saja dalam ni dan yang lainnya adalah pokok sawit dan sawit. Mengelaklah kita orang ke kiri dan ke kanan untuk menjaga tayar sekaligus mengurangkan peratusan untuk tayar bocor atau rim bengkok. Kalau benda-benda tu jadi dalam ni sudah tentulah pening kepala nak fikir solusi. Sudah pasti aku akan meminta bantuan daripada sultan Kelantan untuk menghantar sebuah helicopter bagi menjemput aku bertiga. Kan dah menyusahkan orang lain namanya. Itulah aku malas untuk berkonflik di dalam hutan sawit ni. Jauh dari kemudahan dan habitat manusia. Maksud aku tempat tinggal manusia.

Dalam ni ada Hutan Simpan Kelantan rupanya. Aku tak perasan ada signboard semasa masuk ke jalan puaka ni. Tapi nak buat apa aku masuk ke hutan tu kan. Ini pun dah cukup sengsara. Hahaa. Sampai satu tempat tu macam ada scenery lembah yang seakan-akan Cameron Highland. Ada kebun sayur-sayuran yang jenis di lereng-lereng bukit bezanya tiada pula aku nampak pokok teh atau stroberi. Masa ni kawasan ni terasa agak sejuk, mungkin kita orang sudah berada di peak point kawasan ni. Jadi dengan mata yang mengantuk, perut yang lapar dan badan yang solid letih dia kita orang pun ambil keputusan untuk take five sekali lagi. Kali ni atas jalan saja memandangkan tiada sebarang kenderaan yang lalu di sini. Sedap juga tidur atas jalan ni, syaratnya kena sejuk dan letih yang gila bapak punya letih. Trust me i’m soy maker. Sempat juga lima ke sepuluh minit aku lelapkan mata sebelum diganggu satu deruman enjin yang agak kuat. Bunyi seperti satu kawanan bikers sedang menuju ke mari. BMW GSX punya geng rupanya, padanlah berdengung semacam. Ada dalam sepuluh ke lima belas biji. Dia orang langsung tak peduli akan kehadiran budak cub tiga orang ni apatah lagi nak hulur sebarang makanan. Yalah, entah-entah dia orang pun tengah kelaparan mencari kedai makan. Hahahh. Sambil tu matahari pun sudah mula menyuluh tepat ke muka menghadirkan rasa terbakar dan tidak selesa. Aku bingkas bangun dari pembaringan. Yamlikha selamba saja tidur tanpa sedar apa yang telah berlaku sebentar tadi. Kimah tidak dapat tidur katanya. Tak selesa. Aku syak bukan standard dia nak tidur atas tar ni.. puiih. Ni aku tambah je hahahahahahahahaaha.
Bila dah segar ni kena buat apa? Minum air dan sambung pulas minyak la tuan tuan, takkan nak sambung tarik selimut. Perut yang berkeroncong ni takkan hilang dengan hanya sebuku dua roti yang berbaki tadi. Takkan. Jalan ni pun aku tak tahu berapa panjang lagi yang akan kita orang tempuh. Jalan punya jalan sampailah ke persimpangan jalan. Agak kaget pada mulanya, mujur saja maps Yamlikha tak matikan dapatlah rujuk semula mana jalan yang nak ambil. Dahlah line takde langsung dalam ni. Kalau aku sorang-sorang kena tinggal dalam ni entah apalah nasib aku. Kalau tak jadi tarzan aku akan pilih jadi gajah atau monyet saja. sebab bukan senang nak hidup dalam hutan yang asing bagi aku ni. Hutan biasa pun sama je.. haha. Ada satu warung kayu sebenarnya kat persimpangan sekarang ni, sayangnya tutup dan hati kita orang berbelah bagi juga seandainya buka. Mana tahu warung bunian ke kena makan mi cacing ke kalau aku makan kat sini. Naya ceq.

Huuuu aku syak bila dah masuk simpang ni sesuai dinamakan pengembaraan part ii. Bladihel dia. Mana datang part 1 entah? Sebab jalan ni berlainan karakter. Tarnya lebih banyak yang lawa berbanding tadi. Tettt! Itu semua hanya permulaan saja. sekali dia kasi lubang nahhh. Kaw kaw! Labih hebat dari sebelumnya. Tidak cukup dengan lubang dengan permukaan jalan yang retak merekah seperti ditimpa sesuatu yang berat. Ialah, lori sawit mana ada yang ringan kan. Aku rasa lori yang masuk dalam ni semuanya jenis heavy kaw kaw punya muatan dia. Entah macam mana pulalah gaya dia orang mengemudi lori sambil elak lubang yang boleh tahan dalam dia. Dengan motor pun kita orang seboleh-bolehnya akan mengelak tidak kiralah kalau terpaksa ke kanan aku akan ke kanan atau ke kiri. Kereta? Adalah sebuah dua yang selisih dengan kita orang. Yang sehaluan dengan kita orang kalau tak salah aku ada satu je. Aku tak ingat model apa tapi dia punya bawak boleh tahan laju. Kalau aku menten lapan ke Sembilan puluh kilometer sejam dia entah berapa laju la. Lubang pun dia elak ala kadar je. Bladihel betul. Aku syak nanti bila dah sampai destinasi dia kena pergi kedai tayar dulu untuk cek rim bengkok atau tidak. Hishhh.
Lama lagi ke woi? Siak betul la sapa yang cadang masuk jalan ni? Takde kedai makan ke? Kan bagus jalan lurus dan tak berlubang. Sedapnya jadi burung, terbang je takyah lalu jalan bengkang begkok yang panjang seperti tak berpenghujung ni. Masa ni memang mental aku dah koyak sangat. Setiap kali aku tengok depan aku akan mengeluh, liku-liku yang terbentang entah bila akan hilang. Di pertengahan jalan aku ternampak satu paip poly yang terlentuk ke atas dan mengeluarkan air yang agak laju. Huuuuu dengan pantas kita orang berhenti untuk melegakan tekak yang kekeringan terhidrasi oeleh mentari. Lega. Sekejap. Hahaa. Jalan........ berhenti lagi. Kali ni berhenti sebab jumpa satu scenery lawa. Atas jambatan yang di bawahnya mengalir air Tasik Kenyir. Serius memang lawa. Ada bot lalu lagi sebagai bonus. Selesai berpanas kita orang menyambung kembali pengembaraan yang masih bersisa. Di pertengahan jalan Kimah meminta botol minyak yang aku isi di petron sebelum masuk ke jalan ni tadi. Kering minyak dia. Betul pelahap motor yang tidak di tala dengan betul ni. Hahaa. Aku dengan sisa minyak di tangki hanya mampu berdoa agar dipanjangkan hayat minyak motor aku bertahan hingga ke stesen minyak yang seterusnya.

Dipendekkan cerita setelah berhempas pulas melawan letih dan mengharungi segala liku-liku kehidupan kit6a orang pun Nampak signboard ke Tasik Kenyir. Ya Allah... Leganya aku rasa walaupun belum keluar lagi dari jalan dalam ni. Syukur sangat. Terbang semua letih dan keluhan yang tadinya bersarang. Sampai saja di pintu gerbang Tasik Kenyir kita orang decide untuk mengetik sekeping dua gambar untuk bukti dan kenang-kenangan. Aku baru kali kedua ke mari, dia dua orang first time. Masa ni matahari pun dah bekerja dengan cemerlang sekali. Dekat pukul dua belas tengah hari oi! Memang patut pun panas dan perut sama-sama berganding bahu menghadirkan rasa tidak tenang sekarang ni.
Masa keluar dari satu simpang tiga tu entah apa nama kampung tu, kita orang ada nampak satu pam minyak yang kecil dan kita orang jual mahal sebab nak kejar petron yang entah berapa jauh dihadapan. Tengah sedap jalan dan memecut maklumlah jalan sudah lurus dan elok, tiba-tiba aku dan Yamlikha tersedar yang Kimah sudah jauh tertinggal dibelakang. Kita orang tunggu dibahu jalan. Sudah lima minit masih tak kunjung tiba dan aku dengan Yamlikha ambil keputusan untuk patah balik bagi mengesan Kimah yang hilang tadi. Sekali lagi dia tersadai di tepi jalan kerana kehabisan bensin aka petrol. Kuat nak mampos mentekedarah minyak motor dia tu. Nak tak nak terpaksalah kita orang jilat balik ludah tadi yang beriya tak nak isi minyak di pam minyak kecil tadi. Alang-alang sudah sampai sini semua sekali isi minyak untuk mengelak sebarang kematian motor ditengah jalan lagi. Hahahhh. Padan muka. Apa yang menambah luka aku ialah apabila aku tanya pam attendant tu ‘kuale jauh lagi dok?’ dengan slang acah-acah ganu. ‘jauh lagi, ade dalang nang puluh kilo agi ork’ sambil dia bertanyakan kepada kawan dia sebagai confirmation. Mapuh kerah boh gini, nok taknok kene jalang jugok gini. Aku paling nak buat masa ni adalah makan dan keduanya baring. Serius!
Lepas jumpa jalan Kota Bharu- Terengganu terubatlah luka tadi sedikit demi sedikit. Macam biasalah kalau jalan besar menghala Terengganu ni kereta dan kenderaan lain sudah mula banyak sekaligus menyesakkan lagi pemandangan. Sampailah aku tiba di atas satu jambatan merentasi muara sebelum masuk ke puat Bandar Kuala Terengganu barulah aku betul-betul lega walaupun perut masih pedih dek kebuluran. Pemandangan atas ni memang lawa walaupun tengah terik mentari waktu puncak.

Dah masuk bandar ni engko ingat sudah selesai ke misi kita orang? Belum tuan tuan, masalah yang paling besar terpaksa kita orang selesaikan dengan cara mengoogle. Nak makan mana. Ya, ini bukan saja masalah orang kampong ataupun felda. Ini masalah global, sudah saing-saing masalah pencairan ais di kutub utara dan kutub selatan tahu. Benda yang paling aku nak makan waktu ni adalah nasi kukus, ayam cincang dan kuah kari. Bladihel punya akal entah mana datang. Tapi banyak yang tutup ataupun lokasi kedai agak jauh dari bandar. Hishhh.
Penamatnya kita orang jumpa satu kedai atau lebih tepat lagi warung betul-betul di persimpangan besar berlampu isyarat. Menggelupur aku bila kedai sudah di depan mata, mahu saja aku melemparkan motorsikal semasa parking tadi. Dilepaskan lagak anak kecil melepas basikal saat turun secara mengejut. Tapi aku masih waras, aku cari parking yang agak teduh dan melangkah yakin masuk ke warung. Aku tak ingat kena bayar parking atau tak sebab kita orang parking dekat tempat parking kereta berbayar. Lantaklah, aku sudah lapar tahap kebulur ni. Sudah masuk dalam ni aku tepaksa pusing dua kali meja buffet untuk memilih lauk yang menyelerakan. Tak banyak lauk yang kena kat mata aku walaupun lauk pauk yang terhidang melebihi dua puluh jenis masakan. Daripada lauk sampailah ke sayuran. Banyak.

Alhamdulillah sudah penuh perut kita orang ni kenalah pula cari tempat penginapan. Dari awal lagi aku dan Yamlikha plan stay dekat hotel atau homestay tepi pantai. Rupanya Yamlikha sudah bertindak lebih awal dengan menempah satu bilik di Marang malangnya kita orang cuma boleh check in jam empat petang sekarang ni baru pukul satu beranjak ke dua petang. Hmmm lambat lagi tu. Apa yang kita orang tak buat lagi sekarang ni adalah solat zohor. Maka motor dikerah untuk ke masid berdekatan, masjid Kuala Terengganu. Putih suci seperti pertama kali dulu aku datang dengan Zai. Panas betul cuaca sekarang ni. Aku syak suhu bermain sekitar tiga puluh lima hingga empat puluh darjah selsius. Aku pun menuju ke tangga untuk ke bawah menuju ke bilik air untuk mandi bagi melegakan segala rasa melekit kat badan ni. Last aku mandi dua belas jam yang lepas dekat bilik Yamlikha malam tadi. Dah kena air ni barulah lega sedikit. Baru sedap nak solat. Sempatlah aku berjemaah sekali, syukur.... Siap solat apa lagi, rebahan santuy lah jawabnya. Memang letih gila dan lega gila dapat baring walaupun sekadar beralaskan karpet masjid. Segan juga awal awal nak tidur ni, yalah masjid kan. Tapi aku tengok Kimah selamba badak dia je tidur seolah-olah rumah dia membuatkan aku lebih yakin untuk berbaring. Hanyut jugalah walaupun agak panas hawa di dalam masjid ni padahal kipas sedang ligat berputar. Nak aircond tidur dalam pasaraya lah sedara. Haha. Macam biasa aku dengan tidur siang ni memang tak berkawan sangat, jadi aku hanya dapat lelap barang sejenak. Manakala Kimah masih lagi nyenyak dan Yamlikha sudah bangun sambil bermalas malasan main fon. Aku sudah tak betah lagi berbaring, boring. Aku keluar dan teguk secawan dua air dari mesin coway. Sejuk..... sebab tu selamba je dua tiga cawan aku minum kalau panas atau suam entah setengah cawan pun aku tak lalu.

Dah habis minum ni aku kejut Kimah dan Yamlikha untuk keluar dari masjid ni. Memang tidak selesa untuk terus berada dan berehat dalam ni untuk jangka masa lama walaupun datang sebagai musafir. Sudah masuk asar rupanya sekarang ni barulah Kimah bangun dan keluar dari masjid. Bersiap dan menuju ke bengkel berdekatan untuk mencari mainjet karburetor Kimah. Nak kurangkan minyak la katakan. Tapi kedai motor tak banyak sangat tengah bandar ni. Kedai yang satu ni pun tiada mainjet untuk karburetor NSR. Jadi sekarang ni nak ke mana? Aku plan nak ke jambatan yang baru siap tu. Binaan ala-ala London Bridge tu. Lebih tepat dengan nama Jambatan Seberang Takir, entah betul ke tidak aku tak pasti. Sebelum pergi ke sana aku sudah plan mahu cari aiskrim sebagai bekal. 

Dipertengahan jalan kita orang berhenti di sebuah eh dua buah pasaraya. Merasa la pusing bandar dalam dua tiga round sebelum jumpa sebuah pasaraya kecil. Parking motor, berjalan masuk dan keluar dengan perasaan hampa. Pasaraya ini tiada bahagian cold storage, apa kedodol la. Bukan pasaraya biasa agaknya. Manalah aku tahu pun. Kita orang semua masuk pun sebab nak merasa kesejukan hawa dingin dari aircond yang sudah sinonim dengan pasaraya, tapi kedai yang aku baru masuk tadi aircond dia tidak berapa cemerlang untuk kepanasan badan sekarang ni. Langsung tidak menyamankan apatah lagi mengeringkan titis-titis keringat di dahi. Itulah yang dikatakan malu bertanya sesat jalan, waze kan hado. Lemoh la. Sekarang ni aku tak kira, kena juga bawa aiskrim dan air sejuk sebelum ke jambatan Seberang Takir tu. Nafsu aku memang mendambakan aiskrim sebekas dan air sebotol. Tamak bukanlah sifat terpuji walau dalam apa situasi sekalipun. Waze sudah menunjukkan arah ke The Store berdekatan, ayuhlah kita ke sana. Terik mentari petang ni langsung tiada belas kasihan. Panas yang menyengat seakan mahu terbakar kulit muka dan tapak tangan. Mujur saja lengan aku sudah berbalut sweater, walaupun berpeluh sekurang-kurangnya tidaklah masak daging lengan aku yang sudah sedia rentung ni.
Memang tidak silap tindakan aku beli aiskrim sebelum ke mari. Makan aiskrim di bawah teduhan pokok, tepi laut, angin sepoi-sepoi bahasa, bot nelayan mundar-mandir, jambatan baru terhidang di depan mata tapi yang tak bestnya adalah aiskrim. Aku beli sebekas aiskrim, tiga batang aiskrim dan sekotak air anggur hijau beraloe vera. Punyalah tamak dan membazir. Setakat dua tiga sudu boleh la cerita. Mujur saja aku minta sudu kayu aiskrim semasa beli tadi kalau tidak entah pakai apalah aku cedok aiskrim sekarang ni. Hahaha.

Sudah jam lima petang pun bahang panas masih belum reda, mujur saja bayu laut ketika ini menghembus dengan cemerlang sekali. Walau tidak redup sekurang kurangnya dapatlah mengubati kepanasan melampau yang menghantui sang musafir bertiga ini. Masa tengah rehat ni tuan chalet call Yamlikha menyatakan yang waktu check in sudah pun tiba. Apa jenis chalet la check in pukul enam ni, nasiblah murah dan sedap lokasinya. Kalau tidak aku lebih rela baring di bawah jambatan sekaligus hanyut ke tengah laut akibat air pasang penuh dan aku tidak sedar. Naya boh!
Selesai mengetik sekeping dua gambar kita orang pun kembali duduk di seat motorsikal yang sepertinya sudah kematu rasanya. Punggung sudah tidak betah lagi untuk bersentuhan dengan permukaan seat untuk satu tempoh masa yang panjang. Marang ada dalam sepuluh ke lima belas minit saja dari bandar Kuala Terengganu ni jika dilihat pada maps ni la, kalau sudah masuk waktu menunggu traffic light hijau jadi lebih kurang lima hari.. hahaaa. Bladihel banyak juga lampu isyarat kat sini, bandar kan. Lainlah Serting, satu je itupun jarang jarang dipatuhi oleh segelintir pengguna motorsikal. Aku.... kalau awal pagi dan tengah malam je buat gitu. Berbalik pada journey kita orang tadi, kenderaan paling banyak di persimpangan berlampu isyarat adalah di pintu masuk Masjid Kuala Ibai aka Masjid Terapung. Banyaknya kereta dan motor. Motor yang ditunggangi anak muda ramai yang langgar saja lampu merah. Lagak mereka seakan mahu berlumba. Mereka masih muda. Biar sajalah. Selagi tidak langgar aku tidak mengapa. Lagipun ini kan kampong engkorang, kalau aku tegur risiko aku untuk di campak ke laut adalah tinggi. Baik aku diam dan memerhati saja gelagat mereka. Bila dah sampai area Marang ni baru feel pantai tu sampai, aduh sedap dan nyamannya rasa. Cuaca sudah mula sejuk seiring waktu yang sudah mahu beranjak ke maghrib. Selesai urusan check in aku terus mengejar remote aircond untuk menyedapkan hawa didalam bilik ni. Chalet murah ni diperbuat daripada kayu saja dan cuma ada dua ke tiga buah saja selebihnya batu. Halaman tuan rumah yang dibangunkan bilik-bilik kecil ni mampu buat duit yang agak sedap dan lumayan sebenarnya. Halaman jadi kecil dan poket jadi penuh. Bladihel betul metafora aku pakai ni. Sebelum maghrib sempat juga kita orang mandi laut. Rugilah sudah sampai pantai tidak mandi. Sangat rugi. Dekat rumah aku ni bukan ada pantai pun. Dekat rumah engko pun sama jangan nak membongak. Kalau diperhatikan secara kasar kelihatan dasar laut sedikit menjunam ke bawah tapi semuanya terjawab lepas aku masuk dan menginjak pasir laut itu sendiri. Ternyata ianya lebih landai dari sangkaan aku. Pulau Kapas Nampak berbalam-balam dari kejauhan. Aku pun bukannya mandi pakai spek mata untuk nampak dengan lebih jelas.

Sesudah solat maghrib isu yang sama kembali berulang. ‘nak makan mana’. Bladihel untalah. Kita orang serahkan tugas ini kepada encik google. Mana yang berhampiran, menarik dan punyai rating yang baik itulah pilihan kita orang. Aku lupa nama kedai makan tu tapi aku takkan lupa lokasi dan apa kejadian yang berlaku kat sana. Memang betul-betul punya menyirap apa yang waiter dia buat. Aku tak tahu siapa yang salah. Sudahlah datang ambik oder lambat, nampak makwe dia pergi menggelitas dulu dekat meja diaorang sambil ambik oder. Bila turn aku dia ambik oder nak tak nak je, dahtu tunggu lama belut masak merah tak ada pula sambil letakkan nasi atas meja dengan agak kurang ajar. Dia pun berlalu pergi macam takde masalah langsung padahal dia tak tanya pun nak lauk apa sebagai ganti belut yang takde tadi. Punai lah dia. Mentang-mentang kampong engko ye, aku doakan engko bahagialah digigit belut satu hari nanti. Dah siap makan kita orang pun takde plan apa-apa lagi balik bilik juga yang sedap walaupun bilik tu takde belut, ekon kurang sejuk dan tv yang kelabu dengan signal yang tidak berapa clear. Main fon dan tidur sajalah yang paling sesuai dilakukan untuk saki baki malam ni.

Semangat dia lain macam betul pagi ni sebab kita orang dah mark kat mana lokasi sarapan pagi ni, Nasi Dagang Atas Tol. Kalau engko tanya kenapa nama dia macam tu aku pun tak tahu, mungkin asalnya kedai ni duduk betul-betul atas pondok tol ataupun sekadar panggilan orang tempatan kerana lokasi dia. Mungkin dialognya lebih kurang begini. ‘Mu tahu dok keda nasi dagang hok sedak kat mane?’ ‘Tahu’ ‘Mane tepak ye?’ ‘Mung jalang depang sikik, die duk di jalang dalang sikik. Atah pade tol’. Hahaaa ni betul aku punya imaginasi. Lantok ye la, janji aku makang doh nasi die. Sedak nok mapuh. Kalau orang tanye ‘mu pernoh makang nasi dagang atah tol dok?’ selambe je aku jawab, dah!

Bila digoogle rupanya kedai ni ada tiga buah cawangan. Dekat Kuala Terenggganu, Marang dan satu lagi lokasi kat mana aku lupa dah. Aku tak pasti pula yang mana satu merupakan kedai yang asal. Kedai yang aku pergi ni mengambil masa dalam sepuluh ke lima belas minit naik motor untuk sampai. Dia jenis kedai dekat dalam kampong. Mungkin asalnya cuma warung kayu yang kecil tetapi dikiri dan kanan sekarang ni sudah ditambahkan khemah kanopi untuk menampung jumlah pelanggan  yang kian meningkat saban waktu. Power! Kena beratur woi. Jadah apa sarapan pun kena beratur. Mula-mula aku datang expectacion aku biasa je yang penting aku dah target nak makan nasi dagang berlaukkan ayam goreng ataupun daging. Sekali sampai dekat kaunter lauknya hanya satu jenis dan selain nasi dagang hanya nasi lemak saja menu yang disediakan disini. Terus aku lemoh. Nak taknak aku kena lah oder satu set nasi dagang dan berlalu ke meja yang telahpun dicop oleh Kimah. Air pula kita orang oder teh ais madu. Tengok waiter dia bawak air teh dengan buih melimpah ruah dari cawan membuatkan aku terliur betul. Kebetulan pula meja yang kita orang duduk berdekatan tempat dia orang bancuh teh dapatlah aku tengok macam mana dia orang tarik teh tu. Kalau mamak pakai koleh untuk tarik dia jauh lebih hebat. Pakai baldi. Ya, baldi. Power namatey! Rasa pun memang ngam. Lemak, manis dan serba-serbi lengkap. Buih dia pun manis. Hebat. Kalau engko ke Marang atau Terengganu masukkan list kedai ni dalam list aktiviti engko. Berbaloi.
Sebelum aku terlupa benda yang menambahkan lagi keunikan negeri penyu ni adalah rekaan sesebuah bangunan rasmi ataupun yang besar-besar. Binaan dia orang ni ada diselitkan dengan elemen apa entah yang membuatkan sesebuah bangunan itu Nampak unik dan agak klasik walaupun untuk sebuah bangunan yang moden. Jika tidak banyak sikit pasti ada tereselit satu dua sentuhan berunsurkan ukiran ataupun corak batik atau aku je yang lebih-lebih imaginasinya. Tapi memang lawa. Masjid dan surau pun tidak terkecuali daripada hiasan yang lawo. Bukan dekat negeri lain takde bangunan yang lawa-lawa macam ni cuma tak sebanyak dan senang dijumpai di sini. Entah arkitek mana yang power sampai boleh design reka bentuk sebegitu rupa, ni kerja arkitek ke designer sebenarnya? Lantaklah, aku pun budak tepi jalan je.

Perjalanan diteruskan dengan perut penuh terisi nasi dagang, teh ais madu dan keropok lekor sempat juga aku beli sata depan kedai tu secucuk dua untuk bekal makan apabila ada berhenti di mana-mana pitstop. Kalau jalan dari Kuala Terengganu menghala ke Kuantan aku lebih prefer jalan pantai jika dengan motorsikal sebab boleh layan view dan ride dengan santai sekali tanpa rasa terkejar-kejar seperti di atas highway. Kalau naik kereta jangan buat pasal, kalau takde kesabaran yang tinggi tak payah cuba-cuba lalu jalan pantai jika tiada sebarang urusan. Penat nak layan traffic light nanti. Yalah, banyak lalu pekan-pekan kecil begitulah gamaknya. Bersimpang siur jalan rayanya tapi mudah je sebab lurus sahaja jalan dari Terengganu - Kuantan, tak perlu risau sesat. Tapi kena sabar!

Sebelah pagi ni sedap juga lah ride dia sebab belum berapa panas lagi lalu pula tepi pantai... pehhhh feel dia memang syok woi! Sampai dekat mana entah yang aku berhenti dekat gerai menjual air nira. Signboard ‘NIRA’ yang jelas terpampang menarik minat aku untuk berhenti beli. Sebagai peminat air nira sayang juga kalau tak singgah beli sebabnya dekat tempat aku ni bukan senang nak juampa orang jual. Nanti kalau orang tanya ‘engko pernah beli air nira dekat ganu?’ tidaklah aku terkial-kial nak jawab sambil garu kepala ye dak. Haha. Aku sanggup ditinggal Yamlikha dan Kimah untuk sebotol air nira. Akhirnya aku hampa dengan rasa dia yang sudah seakan basi. Masa aku beli tadi sejuk dan airnya beku separuh botol. Ni aku sudah berhenti di ‘batu besar’ dekat mana entah aku lupa. Sekali nak minum, aduuuhhh sayang sekali rasanya sudah basi dan sejuknya pula entah ke mana. Sayang beribu kali sayang apabila rasa sata yang aku beli tadi kurang semenggah dengan kekurangan isi ikan dan kelapa saja yang mendominasi dua per tiga sata itu. Kita orang hampa, mujur saja murah dan kucing juga tidak sudi jamah. Terpaksalah aku amalkan pembaziran di sini. Istilah membazir ni bukan terpaksa ya kawan-kawan. Membazir memang amalan syaitan. Jangan tiru. Astaghfirullah.

Oh lupa, sebelum berhenti tadi kita orang ada terjumpa satu brader naik lc juga. Kelihatannya seperti sedang bermusafir kerana beg galasnya yang bagitahu hati aku. Sempat jugalah kita orang jalan beriringan dalam kelajuan seratus tiga puluh kilmeter sejam sekaligus menampakkan kita orang sebagai satu kumpulan yang sedang berkonvoi. Apa aku merepek ni.
Nak dijadikan cerita sampailah kita orang ke Bandar Paka. Paka ni kita orang pernah sampai satu masa dulu masa ride kenduri Zubair. Siap pakej tidur homestay tepi pantai lagi. Memang power. Lepas satu traffic light ni kita orang ternampak satu makwe sedang berhenti tepi jalan, kelihatan seperti sedang memerlukan pertolongan. Yamlikha dengan gentle sekali mendekat dan bertanya apakah masalah dia. Minyak habis rupanya. Ceh. Kebetulan dalam bakul motor aku memang sentiasa ada sebotol minyak spare jadi aku hadiahkan saja minyak yang berharga dua tiga ringgit itu. Rupanya pangkat kakak-kakak dan mungkin bini orang. Kahkah. Tak mengapalah, menolong ni bukannya kena pilih makwe saja. kadang-kadang Tuhan hantar bermacam-macam orang nak uji kita ni. Apakah kita mengamalkan sifat ‘ruhama ubainahum’ (saling berkasih sayang) ataupun kita sering mementingkan diri saja.

Kimah masih di belenggu dengan masalah motor pelahap minyak yang kritikal. Di belinya mainjet yang sesuai dan bertukanglah dia di bawah terik mentari sambil menumpang kaki lima shell paka. Ada dalam setengah jam barulah kita orang sambung semula perjalanan yang semakin terbakar dek panasnya matahari apabila terkena kulit. Sampai di Chukai aku ajak dia orang berhenti minum sambil makan sata dan keropok lekor bagi menambah tenaga yang terkondensasi dalam perjalanan tadi. Lega betul bila kena air sejuk ni. Sata pun ok juga. Kedai ni Amalina yang selalu ajak datang bila dia dengan Zubair balik kampung dia.

Siapa sangka Sepa Motor dahpun settingkan motor Kimah. Usik mainjet pilot je. Hehee. Adalah benda yang dia nak bangga tu. Sepa Motor ni rupanya bukan nama yang boleh dipandang enteng dalam dunia permotoran Malaysia. Pernah naik podium beberapa kali untuk kategori 125z open rasanya. Enjin 125z sarung blok Honda CBR650. Tak ke pelik bunyinya. Memang gila. Ada sebiji enjin Honda CG125 tengah projek nak masuk head blok Y15. Gila! Owner polis katanya. Bos dia muda lagi dan agak ramah. Budak- budak dia pun ok, sporting. Dah siap semuanya kita orang ke masjid berhampiran untuk solat zohor dan asar secara jamak qasar. Senang sikit hati bila kewajipan sudah ditaati. Bukan susah dan lama pun masa nak solat ni. Jangan engko bagi alasan tak sempat solat bila tengah konvoi. Kita tak tahu mati tu bila datangnya. Kalau kita tahu, entah tak keluar dah dari masjid dek takutnya tak sempat bawa bekal sebelum mati mendatang.
Takde apa yang menarik dah bila badan mula letih ni. Rasa nak cepat-cepat sampai rumah dan berbaring. Tapi perjalanan masih jauh lagi. Ada dalam empat jam untuk sampai serting ni. Bandar Kuantan dilalui seperti biasa sebelum sampai ke simpang empat Gambang. Dah lalu sini rugi kalau tak singgah kedai kawan lama aku. Epi, dia ada kedai jual keropok lekor, keropok losong, sata dan air kelapa. Kedainya selepas shell yang berjiran dengan petronas selepas Jaya Gading. Kalau engkorang lalu lain kali singgah la sini. Losong dia memang power! Sebab tu boleh habis dua pinggan kita orang bedal. Hahaa. Aku siap bungkus lagi sebagai ole-ole untuk keluarga di rumah. Walaupun aku belum kahwin tapi aku masih ada mak bapak dan adik beradik yang sentiasa ada menemani tak kira apa badai yang mendatang. Ceh.

Sepanjang jalan Gambang – Serting ni kita orang sentiasa berlumba kecepatan dalam keadaan yang selamat tanpa membahayakan sebarang nyawa sebagai motivasi menguatkan diri menamatkan penjelajahan gila kali ini. Memang gila. Letih nak mati.
Aku sendiri tak ingat pukul berapa aku sampai serting dan Yamlikha dan Kimah sampai di Batu Kikir. Yang aku tahu aku memang lega dan bersyukur apabila selamat pergi dan balik tanpa sebarang kehilangan nyawa. Semoga satu hari nanti doa aku di kabul Sang Penguasa Alam untuk ride ke sebelah utara pula satu hari nanti.
Sekian. Adios.
























Gambar rojak, aku malas letak caption. Internet lambat. 

Isnin, 13 April 2020

Lelaki Penghantar Cinta(review)

Takut, risau, ralat, lemah, gundah gulana, terbejat, tergantung dan bermacam lagi rasa yang hadir saat pembacaan aku sudah sampai ke pertengahan buku. 'Gawat, aku bakal kehabisan bahan berbentuk hardcopy'. Sudahlah dalam tempoh pkp, kedai buku manalah yang buka untuk aku beli bahan bacaan baru. Hendak beli secara atas talian aku tidak yakin kalau berkenaan buku ni. Bahan bacaan aku perlu melalui proses penapisan secara telus sebelum aku hadam hendak beli atau tidak. Jadi sekarang ni aku sudah kembali benak. Hendak main telefon pun bukannya elok sangat kalau dibandingkan dengan membaca buku. Ralat.

Sudah habis aku membebel sekarang ni mari aku ceritakan sedikit pandangan aku pada buku ini. Lelaki Penghantar Cinta, tajuknya saja sudah membuatkan aku berfikir limablas juta kali untuk membaca dikhalayak umum. Risau disalah tafsir. Muka penuh jambang, tapi baca buku cinta. Kahkahhh. Aku dah lali dengan semua ni.

Tulisan oleh Baharuddin Bekri merupakan sambungan dan episod terakhir untuk kisah Diari Mat Despatch. Aku berawal baca pun dari Diar Mat Despatch tu walaupun tak semua siri aku beli. Aku cuma ada yang versi kompilasi yang mana aku dah lupa apa tajuknya. Tapi apa yang aku boleh simpulkan adalah ceritanya yang santai dan tenang walaupun terdapat elemen yang sedikit gopoh dalam watak utama Rayyan.

Berlainan pula dengan Lelaki Penghantar Cinta. Pada awal penulis mahu rilis buku ni aku tidaklah teruja sangat disebabkan waktu ini aku sudah jauh dengan mood membaca. Tapi bila ditimbal semula, banyak review yang berjaya meyakinkan aku untuk tidak menghakimi buku berdasarkan tajuk. Ya, waktu ini aku sedikit fobia dengan cerita berkisarkan cinta. Itu tidak perlu engko tahu. Kahkahhh. Buku ini menceritakan pengalaman yang agak perit dilalui oleh rayyan pada permulaan. Berhenti kerja untuk berkaya malah karyanya pula tidak berjaya membuatkan penerbit mahu mencetak ceritanya.

Dipertengahan cerita berlaku konflik melibatkan cinta tiga jiwa. Diluah mati emak ditelan mati bapak. Dan endingnya pula terdapat sedikit plot twist.

Di tiga perempat cerita aku sudah boleh menyimpulkan bahawa penulis sangat banyak bahan bacaan dirumahnya. Dan dia bukanlah seorang penulis yang kosong. Eh, apa aku cakap ni.. Maksud aku dia kuat membaca dan banyak pengetahuan. Sebuah karya ringan yang berjaya diselitkan dengan beberapa pengetahuan dan fakta yang aku rasa betul la. Gaya bahasa yang santai tidak bermaksud dia menggunakan bahasa pasar. Kosa kata yang digunakan memang kena dengan jiwa aku. Rasa dekat dengan pembaca orang kata.

 Entahlah, aku sudah tiada apa lagi hendak digorengkan lagi. Kalau engko nak pergilah beli dekat kedai buku popular sebab dekat kedai tu sahaja yang jual. Itupun kalau ada stok lagilah lepas habis tempoh pkp yang kita pun tidak tahu kapan akan berakhir. Apa yang aku pasti sekarang ni adalah aku akan sedikit bosan tanpa bahan bacaan baru. Ceh!
Kahkahh, acah acah!